
1 2
 
Selamat Datang
Anda bakal melihat betapa pantas, mudah, dan enaknya pemakanan yang sihat!
Sila baca semua maklumat keselamatan, amaran dan arahan dalam buku kecil ini 
sebelum mula. Tetapkan mesin anda di atas permukaan yang kering dan rata. Pastikan 
kuasa telah ditetapkan ke “Off”, Kemudian, patuhi arahan pada muka surat 7 bagi 
menyediakan mesin anda untuk penggunaan. Selalu bersihkan mesin anda sebelum 
penggunaan kali pertama.
Amaran
Untuk mengurangkan risiko kecederaan serius sewaktu menggunakan 
pengadun, patuhi langkah-langkah keselamatan, termasuk perkara 
berikut.
BACA SEMUA ARAHAN, PERLINDUNGAN, DAN AMARAN SEBELUM 
MENGGUNAKAN PENGADUN.
1. Terdapat kemungkinan berlaku kecederaan akibat salah guna. Sila 
kendalikan dengan berhati-hati.
2. Perkakas ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa sekiranya 
ditinggalkan tak terjaga dan sebelum pemasangan, penanggalan atau 
pembersihan.
3. Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak. Simpan 
perkakas ni serta kabel jauh daripada kanak-kanak.
4. Perkakas ini boleh digunakan oleh orang kurang keupayaan fizikal, 
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan sekiranya 
mereka diselia atau diberi arahan berkenaan penggunaan peralatan 
secara selamat dan sekiranya mereka memahami bahaya yang terlibat.
5. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas ini.
6. Berhati-hati ketika mengendalikan bilah tajam, mengosongkan 
mangkuk dan ketika pembersihan.
7. Berhati-hati jika cecair panas dimasukkan ke dalam pengadun kerana 
boleh melimpah dari perkakas akibat pengewapan mengejut.
8. Tutup suis perkakas dan putuskan dari sumber kuasa sebelum 
menukar aksesori atau menghampiri bahagian yang bergerak ketika 
digunakan.
9. Alat perkakas ini hanya bertujuan untuk penggunaan dalam rumah dan 
penggunaan sama yang lain seperti:
– pekerja dapur di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
– rumah ladang;
– oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran jenis kediaman yang 
lain;
– persekitaran penginapan dan sarapan.
10. Perkakas ini mematuhi Peraturan 1935/2004 EC berkenaan bahan dan 
perkara yang bakal bersentuhan dengan makanan.
11. Jangan melebihi penanda maksimum pada jag pengadun, pengisar 
(hanya jenis spesifik) bikar dan mangkuk pencincang (hanya jenis 
spesifik).
12. Jika makanan terlekat pada dinding jag pengadun, tutup suis perkakas 
dan cabut palam, kemudian guna spatula untuk menyingkirkan 
makanan dari dinding tersebut.
13. Jangan sekali-kali mengisi jag pengadun dengan bahan panas bersuhu 
lebih 80°C.
14. Perkakas hanya boleh dihidupkan sekiranya jag pengadun atau bikar 
telah dipasang ke unit motor dengan betul.
15. Jangan biarkan perkakas hidup selama lebih daripada 2 minit 
(Pengisar: 30 saat) pada satu masa. Biarkan perkakas sejuk ke suhu 
bilik sebelum meneruskan pemprosesan.
Awas:
Nota
Pastikan suis pengadun telah ditutup sebelum dialihkan
Kegagalan untuk mematuhi mana-mana arahan dan perlindungan yang penting 
untuk penggunaan yang selamat merupakan salah guna pengadun anda yang mana 
boleh menjadikan waranti anda tidak sah dan mengakibatkan kecederaan serius.
Ciri keselamatan
Pengadun ini dilengkapi ciri keselamatan yang melindungi daripada beban lampau. 
Jika berlaku beban lampau, pengadun secara automatik akan mengaktifkan 
perlindungan dan operasi akan terhenti. Jika ini berlaku, tetapkan tombol pemutar ke 
“OFF”, cabut palam perkakas dan biarkan sejuk selama 15 minit. Keluarkan bahan 
dan bersihkan sebelum mulakan operasi.
Kitar semula
Perkakas tidak boleh dilupuskan bersama-sama bahan buang isi rumah, tetapi 
dibawa ke pusat kitar semula dan pengasingan bahan terbuang yang sah.