
BAHASA MALAYSIA 10
Membersih
Cuci, bilas dan keringkan teko sebelum
menggunakannya untuk kali pertama. Teko
adalah selamat digunakan di dalam mesin
basuh pinggan mangkuk. Penutup dan
penapis patut dicuci dengan cucian tangan
untuk mengelakkan plastik jadi pudar.
Jangan gunakan sabut keluli atau bahan
kasar untuk membersihkan teko ini kerana
ia akan mencalarkan kaca. Selepas mencuci,
lap teko agar kering untuk mengelakkan
daripada kesan mendapan air.
Bagaimana menggunakan teko
Letakkan teh ke dalam selitan yang diletakkan
di dalam teko. Curah air panas melalui
penapis ke dalam teko. Teko tidak selamat
digunakan di dalam ketuhar atau plat
panas, lingkaran gas atau dapur seramik.
PENTING!
Teko tidak sepatutnya didedahkan kepada
variasi suhu yang amat berbeza, kerana
kaca mungkin akan retak. Oleh itu jangan
curahkan air panas ke dalam teko yang di
ambil terus daripada peti sejuk atau penyejuk
beku atau letakkan teko panas pada
pemukaan yang sejuk atau basah.